BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, February 26, 2010

Percy Jackson- The lightning Thief

Babe, tadi saya pegi tengok Percy Jackson. Sapa-sapa yang suka fiction, mungkin diorang akan kata best, tapi saya rasa macam biasa je. Tak la kata best sangat. Jalan ceritanya sangat biasa. Memang takde pengajaran pun cerita ni. Overall, 3 stars la kasi...

Tapi orang kata, kalau tak tengok sendiri, tak tau kan? So, pergi la tengok kalau rasa nak pegi. Tapi dinasihatkan.... JANGAN NYESAL CIK SALMAH..(style Sarip Dol)

Monday, February 22, 2010

berita baik dari telefon!

Percakapan telefon berikut berlaku hari ni:

Bakal Bos: Ini Jaja ke? (tak commercial kan nama aku kat opis?)
Saya: Iye
Bakal Bos: Kenal tak? (ade ke camni?)
Saya: Tak. Sape ni?
Bakal Bos: Selmah (bukan nama sebenar) dari PruBSN.
Saya: Oh.. Yes Pn. Selmah (konon2 polite..lebih kepada poyo)
Bakal Bos: Puan? Takyah panggil Puan lah
Saya: Eik. Pulak..
Bakal Bos: Boleh start keje tak on 1st March?
Saya: Eih.. of course boleh!!
Bakal Bos: Ok. I kasi you pegi jalan puas-puas dulu. Nanti hari Isnin datang kerja..k?(saya sungguh confuse dengan ayat ini. Mungkin ke saya dah tak bleh pegi jalan kemudian hari?)
Saya: Baiklahhh.. saya akan berjalan bersungguh-sungguh! (dgn penuh semangat!!)

p/s: kesimpulannye... saye dah dapat kerja! yahuuu!!! SLAMAT TINGGAL DUNIA PENGANGGURAN!! hahaha...

weekend getaway story

Lama-lama bersawanglah blog nih. Tapi memang la..sebab takde apa nak cerita. Kumpul seminggu punya cerita. hehe..bleh camtu?

Anyway, last Saturday Dhiya and I had a quick weekend getaway to Genting Highland. Saja jalan-jalan sambil hantar Anip Sebastian balik. Now that Dhiya and I are friends, that doesn't mean that we cannot go out together. Perhaps, that getaway can heal the relationship. Who knows?

While Dhiya went for solat, I sat on a bench near Eatery in front of the surau. There was a Chinese guy sitting next to me. Dia nampak sangat resah tak keruan. Tiba-tiba dia tegur:

Chinese guy: Amoi, boleh kasi pinjam lu punya handphone tak?
(tak ke aku ni macam terkejut. Rupanya dia macam kookoo sikit). So I lent him my phone and he made a call. Tak lama lepas tu Dhiya pun datang. Aku cakap la aku nak blah dah to that Chinese guy. Then dia mintak nak buat lagi satu call. Rupenye nak call mak dia. Siap explained k..

Chinese Guy: Saya sudah abis wang main game (gamble) tak ada duit mau telefon. Saya mau telefon mak suruh dia mari angkat saya.

Dhiya pun kasi la syiling sikit kot-kot dia nak buat call lepas tu. Kesian pulak kan.

Lepas tu banyak la kan kitorang punya assumption. I assumed maybe dia kena tipu. Dhiya punya assumption pulak mungkin orang kesian kat dia pastu kasi dia menang. Tapi tak sedar diri judi lagi. Pastuh kalah teruk.

Haihh.. ade pulak macam tu.

Friday, February 19, 2010

Hobi baru lagi..

Sudahnya..dah malas nak mengharap nasi lemak malis. Sungguh mengecewakan.

Lately ni macam tak bersemangat nak buat ape2. Tapi ade hobi baru.. wahhh.. BOWLING!
Padahal orang lain dah lama dah duk suka main bowling, saya baru nak berjinak.

Pesen pulak tu taknak main bowling sebab tak reti main. Bila dah pegi, dah try, tengok orang sebelah menyebelah. Pastu cakap kat diri sendiri.. "hek elehh.. aku lagi terer". GILE POYO! hahaha..

Thursday, February 18, 2010

Oh Nasi Lemak!!

Masuk ari ni (Rabu) dah tiga hari saya berulang alik menanti nasi lemak Mali kat Taman Bunga Raya tu. Tapi balik hampa. Jadi, sampai sekarang belum lagi dapat. Dah nak hangin dah rasa nye. Esok kita try lagi. Saya takkan berputus asa... Nasi lemak punya pasal!

Tak pernah rasa kempunan nak makan nasi lemak Malis. Bila cari takde.. bila tak cari ade je la pulak.

Friday, February 12, 2010

Batu ka?

Agak pelik tapi tak berapa jelik..

Agak pathetic bila lepak sorang-sorang kat Spicy Hartamas yang ramai orang tu. Tengok kiri..tengok kanan. Semua duk sembang-sembang laju. Sampai kat aku, duduk diam-diam cam batu.

"Mana abang?" tanya mamak kerja Spicy tu
"Takde"
"Blum datang lagi?" saya terus senyap. Senyum je laa.

Tak boleh dah lepak sini.. PANGKAH!

Wednesday, February 10, 2010

Putus Chenta

Long chat with Hana. About everything, life, partner, work (obviously not about me).

I keep thinking that, if I keep on doing this (terperuk kat umah) nothing will actually change. My life become miserable, i have nothing to do, no work to keep me busy. haihh.. i can't wait to start working.

So, with every will that i have inside me, i promise to keep myself busy. I will find something interesting to do. I can watch movies on my own. No matter how pathetic it will sound, i don't care. I need to get myself ready for a new life. Yes! This is it! I will change my whole life! (dengan semangatnye).

p/s: I changed my perspective of love. We got lots more to come. These are just part of it. Be prepared to face the worst.

Sunday, February 7, 2010

Tangkap Leleh

Mementang tengah sedih kan... Nak dengar lagu-lagu yang tangkap leleh je. Benci-benci-benci!!

1. I'm Sorry-Goodbye (Kris Dayanti)
2. If you want Me (Once Soundtrack) (sape ntah minah ni)
3. Luluh (samson)
4. Pergi (Aizat)
5. 25 Minutes (Micheal learn to rock)

Inilah lagu-lagu yang tengah dengar sekarang ni. Repeatedly. Sedih..sedih.

p/s: When you love someone, let him free. If you have to stalk him, he probably not yours in the first place - Mary Horowitz, All About Steve movie-. (damn correct!)... then i set you free..

Tuesday, February 2, 2010

Happy birthday dear Boyfriend

Huu..letih..letih.

I had great evening. Lovely dinner with birthday boy. Konon-konon nak seronok-seronok celebrate birthday dekat TGI Friday, The Curve. Pastu kene marah sebab membiarkan orang2 TGI Fridays singing birthday song out loud. Dia kata humiliation. I said, that was FUN! He was suppose to sing a song to me (requested by TGIF's guy). Ye lah, boyfriend saya ni pemalu orangnye..(konon). Stage fright la konon. Tak tau nak nyanyi apa. Terkedu sampai dah balik baru nyanyi. Well..anyway, it was fun though.

I had Fried Mac & Cheese for appetizer and Tuscan Chicken Melt for the main. Sepatutnye sedap. Tapi sebab dah makan Fried Mac & Cheese tu, dah jadi kenyang. Plus, tak makan apa-apa sebelum keluar tadi. So, perut pun dah masuk angin.

Lepas tu, watched movie. Disebabkan birthday boy request nak tengok Universal Soldier (obviously not my choice), jadi, saya layankan. Sangat ganas! Main potong-potong orang je keje. It's a good movie though (for those who prefer stressful-action movie). Takde gelak-gelak punya. Straight and stress (i shut my eyes and ears couple of times). Overall... i give it 3.5 stars (sbb saya kurang gemar cerita ganas).

Happy 28th Birthday, Dhiya Aizat. I'm sorry for the 'humiliation' (I still rasa it was not humiliation). May Allah bless you with happiness, love and laugh, good health and wealth (hehe..). Love you!